Mahkamah Syariah Kedah

Mahkamah Syariah Kedah

Perutusan

PERUPENGERUSI UNIT PERNERBITAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat berinfomasi di Blog Penerbitan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan pelancaran laman blog ini maka Mahkamah Syariah Negeri Kedah telah bersama-sama memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan era globalisasi di masa ini.

Penubuhan blog ini menjadi satu alternatif kepada penyebaran maklumat yang tepat, cepat dan berkesan dalam mendedahkan segala maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku di Jabatan kehakiman syariah.

Mudah-mudahan, laman blog ini dapat dijadikan saluran interaksi dan juga medium untuk masyarakat mendapatkan maklumat awal berkenaan jabatan ini.

Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan dan teguran membina daripada semua pihak dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan laman web Mahkamah Syariah Negeri Kedah.

Sekian. Terima Kasih.


Y.A TUAN SYEIKH AMINUDDIN PUTERA BIN ZAINOL ABIDIN

Pengerusi Unit Penerbitan

Jabatan Kehakiman Syariah

Negeri Kedah Darul Aman

Visi,Misi Dan Piagam

Profil Jabatan VISI Merealisasikan pengurusan pentadbiran dan kehakiman syariah yang lengkap, sempurna dan berwibawa berlandaskan hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa kepada masyarakat Islam.

Others

KHIDMAT JABATAN

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman mempunyai beberapa bahagian bertujuan melancarkan pengurusan jabatan.

Bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman ialah:

* Bahagian Pentadbiran

*Bahagian Khidmat Pengurusan

*Bahagian Kewangan

*Bahagian Teknologi Maklumat

*Bahagian Rekod

*Bahagian Sokongan Keluarga

*Bahagian Kehakiman

Popular Posts

Wednesday, March 10, 2010

Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah & Kadar Denda/Hukuman

Kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988
Seksyen 5 [Perbuatan tidak sopan]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 6 [Perkataan tidak sopan]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 7 [Pondan]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 8 [Menghasut perempuan bersuami atau lelaki beristeri supaya bercerai
atau mengingkari kewajipan dan tanggungjawab]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 9(1)(2) [Khalwat - seorang lelaki bersama seorang perempuan]
Denda tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 9(3)(4) [Khalwat - seorang lelaki bersama ramai perempuan atau
seorang perempuan bersama ramai lelaki]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 10 [Berkelakuan sumbang]
Denda tidak melebihi RM3000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 11 [Zina]
Denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 12 [Muqaddimah zina]
Denda tidak melebihi RM3000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 13 [Bersubahat melakukan kesalahan zina]
Denda tidak melebihi RM3000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 14 [Liwat]
Denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 15 [Musahaqah]
Denda tidak melebihi RM500.00 atau penjara tidak melebihi empat bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 16 [Hamil atau melahirkan anak diluar nikah]
Denda tidak melebihi RM3000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 17 [Melarikan isteri orang dan menghalang suami isteri duduk bersama]
Denda tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 18 [Melacurkan isteri atau anak]
Denda tidak melebihi RM3000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 19 [Pelacuran]
Denda tidak melebihi RM4000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 20 [Melarikan perempuan]
Denda tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 21 [Menjual atau memberi anak kepada seseorang yang bukan
beragama Islam]
Denda tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 22 [Menjadi munsyikari]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 23 [Galakan maksiat]
Denda tidak melebihi RM500.00 atau penjara tidak melebihi empat bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 24(1) [Takfir]
Denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 24(2) [Mentafsir fatwa secara menyeleweng]
Denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 25(1) [Meminum minuman yang memabukkan]
Denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 25(2) [Membuat, menjual, menghadiah, mempamirkan, menyimpan
atau membeli minuman yang memabukkan]
Denda tidak melebihi RM3000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Seksyen 26 [Memakan dan menjual makanan pada siang hari dalam bulan
Ramadan kepada orang Islam]
Denda tidak melebihi RM500.00 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya bagi kesalahan pertama, Denda tidak melebihi RM1000.00 atau
penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua dan
berikutnya.

Seksyen 27 [Mengeji pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Kedah]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 28 [Mengeji atau menghina Undang-undang yang berkuatkuasa di
Mahkamah Syariah]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 29 [Bersubahat melakukan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum
dibawah Enakmen ini]
Hukuman yang sama seolah-olah ianya melakukan kesalahan yang demikian.

Seksyen 30 [Percubaan melakukan mana-mana kesalahan terhadap Enakmen
ini.]
Hukuman tidak melebihi setengah daripada hukuman yang diperuntukkan bagi
kesalahan itu.

Seksyen 31 [Ingkar perintah Mahkamah]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 32 [Tidak mematuhi titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan melalui pemberitahu dalam Warta]
Denda tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya.

Kesalahan di bawah Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979

Seksyen 27 [Tidak hadir mendaftar penikahan di hadapan Pendaftar Nikah dan
Cerai dalam masa yang ditetapkan]
Denda tidak melebihi RM150.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 28 [Pelanggaran terhadap Seksyen 24 Enakmen Keluarga Islam
(Kedah) 1979 - Daftar tidak sah]
Denda tidak melebihi RM500.00 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya bagi kesalahan pertama, Denda tidak melebihi RM800.00 atau
penjara tidak melebihi lima bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 29 [Gangguan terhadap pernikahan]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.


Seksyen 30 [Perakuan palsu dan sebagainya untuk mendapatkan pernikahan]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 31 [Pernikahan oleh orang yang tidak berkuasa]
Denda tidak melebihi RM300.00 atau penjara tidak melebihi dua bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 32(1) [Kesalahan berhubung pernikahan]
Denda tidak melebihi RM300.00 atau penjara tidak melebihi dua bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 32(2) [Kesalahan berhubung pernikahan]
Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 109 [Poligami tanpa kebenaran Mahkamah]
Denda tidak melebihi RM500.00.
Seksyen 110 [Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah]
Denda tidak melebihi RM300.00 atau penjara tidak melebihi dua bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 111 [Tidak membuat laporan]
Denda tidak melebihi RM300.00 atau penjara tidak melebihi dua bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 112 [Keengganan hidup bersama]
Denda tidak melebihi RM100.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 113 [Menganiayai isteri]
Denda tidak melebihi RM300.00 atau penjara tidak melebihi dua bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 114 [Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri]
Denda tidak melebihi RM300.00 atau penjara tidak melebihi dua bulan atau
kedua-duanya.

Seksyen 115 [Isteri tidak menurut perintah]
Sabit hukum nusyuz dan gugur semua haknya di sisi Hukum Syarak.

Seksyen 117 [Jadi murtad untuk membatalkan pernikahan]
Penjara tidak melebihi enam bulan.

Seksyen 118 [Tidak melaporkan pernikahan yang berlawanan dengan Enakmen
ini]
Denda tidak melebihi RM300.00 atau penjara tidak melebihi dua bulan.

Seksyen 119 [Percubaan, subahat melakukan suatu kesalahan terhadap
Enakmen ini]
Hukuman seperdua dari hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.


SENARAI FEE MAHKAMAH

Pemfailan kes melalui saman
Penyata tuntutan / Tuntutan Balas (RM15.00)
Saman kepada Pihak Kena Tuntut atau kepada
tiap-tiap orang yang disebutkan. (RM2.00)
Penyampaian sebarang saman. (RM2.00)

Pemfailan kes melalui Notis Permohonan
Notis (bagi tiap-tiap orang yang hendak diberi notis) (RM2.00)
Mengambil affidavit atau ikrar (RM2.00)
Memfailkan affidavit atau ikrar (RM1.00)
Menanda satu eksibit (RM1.00)
Penyampaian (RM2.00)

Pendaftaran Kes Rayuan

1. Memfailkan Notis Rayuan (RM50.00)
2. Memfail Rekod Rayuan (RM2.00)

Lain-lain Fee

1. Apa-apa permohonan lain (RM2.00)
2. Saman (Sepina) kepada saksi (RM2.00)
(bagi tiap-tiap orang saksi yang disebutkan)
3. Perintah / Penghakiman (RM4.00)
4. Penyata Pembelaan (RM2.00)
5. Salinan nota keterangan atau sebarang dokumen (RM2.00)
dan tambahbagi tiap-tiap folio atau sebahagian daripadanya,
minima yang dikenakan.(RM1.00)
bagi tiap-tiap folio mengandungi 100 perkataan atau sebahagiandaripadanya.
6. Memorondum melantik dan melepaskan peguam (RM5.00)
(Wakalah peguam).

Permohonan Perakuan Faraid
Permohonan (RM2.00)
(a) (i) Nilaian kurang dari RM10,000.00 (RM10.00)
(ii) Nilaian antara RM10,000.00 – RM25,000.00 (RM20.00)
(iii) Nilaian pesaka lebih dari RM25,000.00 bagi (RM25.00)
RM25,000.00 yang pertama.
Bagi tiap-tiap RM5,000.00 tambahan atau (RM2.00)
sebahagian daripadanya.
(b) Bagi tiap-tiap satu munasakah tambahan atau (RM2.00)
sebahagian daripadanya .

Senarai fee khas untuk permohonan perceraian di bawah Seksyen 40 Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979

Saman (RM2.00)
Affidavit (RM2.00)
Memfailkan affidavit (RM1.00)
Eksibit (RM1.00)
Penyampaian (RM2.00)