Perutusan
PERUPENGERUSI UNIT PERNERBITAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat berinfomasi di Blog Penerbitan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan pelancaran laman blog ini maka Mahkamah Syariah Negeri Kedah telah bersama-sama memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan era globalisasi di masa ini.
Penubuhan blog ini menjadi satu alternatif kepada penyebaran maklumat yang tepat, cepat dan berkesan dalam mendedahkan segala maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku di Jabatan kehakiman syariah.
Mudah-mudahan, laman blog ini dapat dijadikan saluran interaksi dan juga medium untuk masyarakat mendapatkan maklumat awal berkenaan jabatan ini.
Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan dan teguran membina daripada semua pihak dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan laman web Mahkamah Syariah Negeri Kedah.
Sekian. Terima Kasih.
Y.A TUAN SYEIKH AMINUDDIN PUTERA BIN ZAINOL ABIDIN
Pengerusi Unit Penerbitan
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Kedah Darul Aman
Visi,Misi Dan Piagam
- Buletin Syariah
- Profil Jabatan VISI Merealisasikan pengurusan pentadbiran dan kehakiman syariah yang lengkap, sempurna dan berwibawa berlandaskan hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa kepada masyarakat Islam.
Others
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman mempunyai beberapa bahagian bertujuan melancarkan pengurusan jabatan.
Bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman ialah:
* Bahagian Pentadbiran
*Bahagian Khidmat Pengurusan
*Bahagian Kewangan
*Bahagian Teknologi Maklumat
*Bahagian Rekod*Bahagian Sokongan Keluarga*Bahagian Kehakiman
Popular Posts
-
Kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 Seksyen 5 [Perbuatan tidak sopan] Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara...
-
Pemfailan kes melalui saman Penyata tuntutan / Tuntutan Balas ...
-
Umumnya proses perbicaraan di Mahkamah Syariah adalah seperti berikut: Hakim masuk, hadirin berdiri tanda hormat kepada Hakim (arahan ber...
-
Umumnya proses perbicaraan di Mahkamah Syariah adalah seperti berikut: Hakim masuk, hadirin berdiri tanda hormat kepada Hakim (arahan ber...
No comments:
Post a Comment