Mahkamah Syariah Kedah

Mahkamah Syariah Kedah

Perutusan

PERUPENGERUSI UNIT PERNERBITAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat berinfomasi di Blog Penerbitan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan pelancaran laman blog ini maka Mahkamah Syariah Negeri Kedah telah bersama-sama memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan era globalisasi di masa ini.

Penubuhan blog ini menjadi satu alternatif kepada penyebaran maklumat yang tepat, cepat dan berkesan dalam mendedahkan segala maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku di Jabatan kehakiman syariah.

Mudah-mudahan, laman blog ini dapat dijadikan saluran interaksi dan juga medium untuk masyarakat mendapatkan maklumat awal berkenaan jabatan ini.

Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan dan teguran membina daripada semua pihak dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan laman web Mahkamah Syariah Negeri Kedah.

Sekian. Terima Kasih.


Y.A TUAN SYEIKH AMINUDDIN PUTERA BIN ZAINOL ABIDIN

Pengerusi Unit Penerbitan

Jabatan Kehakiman Syariah

Negeri Kedah Darul Aman

Visi,Misi Dan Piagam

Profil Jabatan VISI Merealisasikan pengurusan pentadbiran dan kehakiman syariah yang lengkap, sempurna dan berwibawa berlandaskan hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa kepada masyarakat Islam.

Others

KHIDMAT JABATAN

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman mempunyai beberapa bahagian bertujuan melancarkan pengurusan jabatan.

Bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman ialah:

* Bahagian Pentadbiran

*Bahagian Khidmat Pengurusan

*Bahagian Kewangan

*Bahagian Teknologi Maklumat

*Bahagian Rekod

*Bahagian Sokongan Keluarga

*Bahagian Kehakiman

Popular Posts

Wednesday, March 10, 2010

SENARAI FEE MAHKAMAH

Pemfailan kes melalui saman
Penyata tuntutan / Tuntutan Balas (RM15.00)
Saman kepada Pihak Kena Tuntut atau kepada
tiap-tiap orang yang disebutkan. (RM2.00)
Penyampaian sebarang saman. (RM2.00)

Pemfailan kes melalui Notis Permohonan
Notis (bagi tiap-tiap orang yang hendak diberi notis) (RM2.00)
Mengambil affidavit atau ikrar (RM2.00)
Memfailkan affidavit atau ikrar (RM1.00)
Menanda satu eksibit (RM1.00)
Penyampaian (RM2.00)

Pendaftaran Kes Rayuan

1. Memfailkan Notis Rayuan (RM50.00)
2. Memfail Rekod Rayuan (RM2.00)

Lain-lain Fee

1. Apa-apa permohonan lain (RM2.00)
2. Saman (Sepina) kepada saksi (RM2.00)
(bagi tiap-tiap orang saksi yang disebutkan)
3. Perintah / Penghakiman (RM4.00)
4. Penyata Pembelaan (RM2.00)
5. Salinan nota keterangan atau sebarang dokumen (RM2.00)
dan tambahbagi tiap-tiap folio atau sebahagian daripadanya,
minima yang dikenakan.(RM1.00)
bagi tiap-tiap folio mengandungi 100 perkataan atau sebahagiandaripadanya.
6. Memorondum melantik dan melepaskan peguam (RM5.00)
(Wakalah peguam).

Permohonan Perakuan Faraid
Permohonan (RM2.00)
(a) (i) Nilaian kurang dari RM10,000.00 (RM10.00)
(ii) Nilaian antara RM10,000.00 – RM25,000.00 (RM20.00)
(iii) Nilaian pesaka lebih dari RM25,000.00 bagi (RM25.00)
RM25,000.00 yang pertama.
Bagi tiap-tiap RM5,000.00 tambahan atau (RM2.00)
sebahagian daripadanya.
(b) Bagi tiap-tiap satu munasakah tambahan atau (RM2.00)
sebahagian daripadanya .

Senarai fee khas untuk permohonan perceraian di bawah Seksyen 40 Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979

Saman (RM2.00)
Affidavit (RM2.00)
Memfailkan affidavit (RM1.00)
Eksibit (RM1.00)
Penyampaian (RM2.00)

No comments:

Post a Comment