Mahkamah Syariah Kedah

Mahkamah Syariah Kedah

Perutusan

PERUPENGERUSI UNIT PERNERBITAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat berinfomasi di Blog Penerbitan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan pelancaran laman blog ini maka Mahkamah Syariah Negeri Kedah telah bersama-sama memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan era globalisasi di masa ini.

Penubuhan blog ini menjadi satu alternatif kepada penyebaran maklumat yang tepat, cepat dan berkesan dalam mendedahkan segala maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku di Jabatan kehakiman syariah.

Mudah-mudahan, laman blog ini dapat dijadikan saluran interaksi dan juga medium untuk masyarakat mendapatkan maklumat awal berkenaan jabatan ini.

Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan dan teguran membina daripada semua pihak dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan laman web Mahkamah Syariah Negeri Kedah.

Sekian. Terima Kasih.


Y.A TUAN SYEIKH AMINUDDIN PUTERA BIN ZAINOL ABIDIN

Pengerusi Unit Penerbitan

Jabatan Kehakiman Syariah

Negeri Kedah Darul Aman

Visi,Misi Dan Piagam

Profil Jabatan VISI Merealisasikan pengurusan pentadbiran dan kehakiman syariah yang lengkap, sempurna dan berwibawa berlandaskan hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa kepada masyarakat Islam.

Others

KHIDMAT JABATAN

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman mempunyai beberapa bahagian bertujuan melancarkan pengurusan jabatan.

Bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman ialah:

* Bahagian Pentadbiran

*Bahagian Khidmat Pengurusan

*Bahagian Kewangan

*Bahagian Teknologi Maklumat

*Bahagian Rekod

*Bahagian Sokongan Keluarga

*Bahagian Kehakiman

Popular Posts

Sunday, April 4, 2010

Umumnya proses perbicaraan di Mahkamah Syariah adalah seperti berikut:

  1. Hakim masuk, hadirin berdiri tanda hormat kepada Hakim (arahan berdiri diberikan oleh Polis Mahkamah atau Pegawai Mahkamah). Hakim eloklah memberi salam kepada hadirin. Sebelum Hakim masuk, pihak-pihak terlibat hendaklah berada di dalam dewan mahkamah terlebih dahulu. Pegawai-pegawai berkenaan hendaklah berada di dalam dewan Mahkamah dan persiapan yang perlu hendaklah disempurnakan.
  2. Pihak pendakwa / Pihak Pemohon / Plaintif / Peguam Plaintif (Peguam Syarie) hendaklah menyatakan kedudukannya sebagai pendakwa / plaintif didalam kes yang akan dibicarakan. Wakalah hendaklah dibaca agar sah perwakilan menurut Syarak jika tuntutan dibuat melalui Peguam Syarie.
  3. Pihak Didakwa / Defenden / Peguam Syarie berdiri menyatakan kedudukannya sebagai Peguambela terhadap yang dituduh didalam kes yang akan dibicarakan. Oleh kerana Peguambela sebagai wakil orang yang kena tuduh, maka Wakalah hendaklah dibaca agar sah perwakilan menurut Syarak.
  4. Hakim mengarahkan agar perbicaraan dimulakan. Pegawai Mahkamah berdiri untuk:

    (a) Memanggil orang kena tuduh / pihak jawapan / defenden mengambil tempatnya.
    (b) Membaca pertuduhan-pertuduhan / fasal dan hendaklah memenuhi syarat-syaratnya dan dirangka dengan cermat.

  5. Hakim hendaklah memastikan yang orang kena tuduh adalah faham pertuduhan tersebut dan tahu akibatnya (bagi kes jenayah Syariah).
  6. Hakim bertanya tertuduh sama ada mengaku salah atau ingin dibicarakan. Menurut hukum Syarak, tertuduh hendaklah memberi kerjasama, sama ada mengaku atau tidak. Ianya tidak boleh berdiam diri sahaja. (bagi kes jenayah Syariah)
  7. Pihak Menuntut / plaintif boleh membuka kesnya atau terus memohon kepada Mahkamah untuk memanggil saksi-saksinya, seorang demi seorang.
  8. Saksi-saksi ini akan disoal dan diperiksa oleh pendakwa dan peguam Syarie untuk:

    (a) Pemeriksaan utama oleh Pihak tuntutan/palintif/pendakwa.
    (b) Pemeriksaan balas oleh peguam Syarie atau orang kena tuduh.
    (c) Pemeriksaan semula oleh Peguam tuntutan / pemohon / palintif / pendakwa.(soal semula)

  9. Pihak peguam Syarie menggulung hujah dan diikuti oleh pihak pendakwa - pergulungan secara ringkas.
  10. Hakim membuat keputusan sama ada orang yang kena tuduh ada kes (prima facie) untuk diteruskan perbicaraan dan diberi peluang membela diri atau tidak.
  11. Pihak yang kena tuduh dipanggil membela diri - jika ada kes (bagi kes jenayah Syariah).
  12. Pihak jawapan / defenden / tertuduh membawa saksi-saksinya.
  13. Saksi-saksi disoal dan diperiksa.

    (a) Pemeriksaan utama oleh peguam Syarie / peguambela
    (b) Pemeriksaan balas oleh pendakwa.
    (c) Pemeriksaan semula oleh peguam Syarie / peguambela.

  14. Peguam Syarie / peguambela menggulung hujah secara menyeluruh.
  15. Pendakwa menggulung hujah secara menyeluruh.
  16. Hukuman atau keputusan hakim.
  17. Jika ada pihak tidak berpuas hati atau terkilan dengan hukuman atau keputusan maka ia boleh merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh 14 hari dari tarikh hukuman.
  18. Perbicaraan rayuan, pada lazimnya tidak mendengar keterangan saksi dan persoalan fakta, tetapi mengenai persoalan undang-undang sahaja.
  19. Jika keputusan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah tidak juga berpuas hati maka rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah boleh dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan.
  20. Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah adalah muktamad.

Demikianlah secara ringkas tatacara proses perbicaraan di Mahkamah Syariah yang mana ianya adalah jelas sesuai kehendak hukum Syarak.

No comments:

Post a Comment